Blogger Layouts

Friday, October 7, 2011

MALAM YANG SUNGGUH HENING...

Malam yang sungguh indah kerana lepas juga rindu pada anak2 buah aku...mereka pulang setelah hampir sebulan tidak balik...jadi rumah ini sunyi sepi tanpa kedengaran suara riuh rendah anak2 buah aku...rindu pada mereka terutama yang si bongsu itu, Hairul Hakimi (dak kenit) gelaran yang aku bagi untuk dia..hehe jahat sungguh aku kan...apalah punya mak saudara la..haha...

Semalam baju yang aku order dekat facebook sudah sampai...cantik juga tapi ada sehelai baju itu aku tidak muatlah pula...huhu agak2 nak bagi pada siapa erkk??Aku dah tak sabar nak pakai baju baru esok...esok kan nak keluar dengan angah,ninie,dan member tempat kerja angah.. kami nak pergi Hospital Seremban...lepas itu baru kita orang jalan2 kat Seremban...

Dah lama tak jalan2 kat sana...rindu rasanya nak keluar ramai2 dengan kawan2 aku yang lain..tapi itulah masing2 semuanya sibuk dengan hal masing2...entah bila nak dapat buat renota union kelas tak tahulah..2 hari lepas tiba2 aku teringat pada arwah Aisyah...ketika aku baca mak tentang arwah ketika saat2 terakhir arwah...aku tak dapat bayang kalau aku ada bersama arwah waktu itu...mesti aku tak dapat tahan tangisan aku...kini aku telah kehilangan sahabat yang paling ceria,baik dan penyayang...teringat dengan lesung pipit arwah...dulu kita orang berenam tapi sekarang berlima..."Aisyah, walaupun dah 2 tahun kau pergi, tapi kau sentiasa berada di ingatan aku...aku bangga dapat kawan dengan kau...aku akan sentiasa merindui kau...moga kau aman disana...dariku kaksue...

YANG IKHLAS,,
KAKSUE



Saturday, October 1, 2011

2 BULAN SAHAJA LAGI!!!

Rasa sedih pula nak tinggalkan tempat praktikal aku sekarang...banyak yang aku belajar dari tempat praktikal aku itu...bos tempat aku pun okey juga....rasa seronok kerja dekat sana....walaupun tidak ada satu kerja pun yang berkaitan dengan subjek aku tapi sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman yang orang tidak dapat...

Banyak pengalaman yang aku timba dekat zalina agensi (prubsn takaful)....makteh pun baik dengan semua orang...tidak sombong pun...aku suka kerja dekat sana tapi sayangnya mungkin hujung tahun ini akan pindah dekat Melaka...makteh kalau boleh nak aku jadi agent dia....tapi insyaallah aku akan ke arah kerjaya tersebut....tapi itulah aku takut nak cakap dengan orang yang aku tak kenal...tak tahu macamana nak mulakan...
huhu... :D

YANG IKHLAS,
~ KAKSUE ~