Hari ini bermulalah episod baru setelah episod yang lepas sudah berlalu sebentar tadi. Episod baru yang mungkin akan memberi banyak pengajaran dan hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Episod baru, mungkin akan menggambarkan saat-saat manis dan pahit dalm hidupku. Episod baru ini juga,mungkin akan memberi banyak kejutan-kejutan yang tidak terduga sama ada yang baik ataupun buruk.
Mungkin aku perlu menghadapinya dengan rela hati dan ikhlas. Apapun yang berlaku aku perlu bayak-banyak bersabar dan kuatkan imanku. Aku redha dengan setiap apa yang berlaku. Aku ingin menjalaniku seperti biasa walaupun tanpa cinta terhadap orang lain tetapi aku ada cinta sejati iaitu cinta terhadap Alla dan Rasul-Nya,serta cinta terhadap keluarga dan kawan-kawan yang mengenali diriku.
Walaupun tanpa cinta terhadap seseorang aku akan tetap bersabar mungkin Tuhan mahu memberi jodoh yang terbaik untuk aku dan yang kekal abadi selamanya.Hanya yang Maha Esa yang menentukannya kerana jodoh,pertemuan,ajal,maut semua ditangan Tuhan. Oleh itu, aku berserah kepada-Nya. Amin...
Semoga Allah merahmati diriku,keluargaku,kawan-kawanku dan yang lain-lain yang hidup dimuka bumi ini..
amin,amin yarobbal'alamin....
wassalam.....
yang benar
-zue-
















